Selasa, 23 September 2008

SOAL JAWAB MENGENAI PETERNAKAN TENUSU

A-Z: PETERNAKAN TENUSU
A-Z SOAL JAWAB MENGENAI PETERNAKAN TENUSU
  1. APAKAH DIA PETERNAKAN TENUSU?

    Peternakan tenusu adalah satu bidang kerja pertanian yang berdaya maju, memerlukan tumpuan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.

    Lembu-lembu susu yang sesuai dan bermutu diurus dengan cekap, makanan cukup dan seimbang diberikan. Pembiakan lembu-lembu berkenaan mencapai tahap yang memuaskan membolehkannya beranak dan seterusnya mengeluarkan susu bermutu serta kuantiti yang memberansangkan.

  2. BAGAIMANA MENJADI PENTERNAK TENUSU?

    Untuk menjadi penternak tenusu yang berjaya, bakal penternak perlu memiliki empat perkara utama berikut;

    1. Minat kepada peternakan tenusu, kesungguhan dan daya usaha berterusan
    2. Sumber makanan ternakan yang terjamin atau memiliki tanah yang boleh dimajukan dengan rumput bermutu
    3. Pengetahuan dan modal pokok untuk memulakan usaha
    4. Kawasan untuk mendirikan kandang

    Jika anda mempunyai sifat-sifat tersebut peternakan tenusu adalah merupakan bidang kerja yang boleh diceburi.

    Petam yang berminat perlu mendaftar diri dan mengisi borang kursus tenusu asas di Pusat-Pusat Pengumpulan Susu yang berdekatan. Kursus asas dalam penjagaan lembu dan pemerahan susu akan diberikan, ianya memakan masa dua minggu. Setamatnya kursus ini anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman bank (jika anda tidak memiliki modal) untuk memulakan alam peternakan tenusu.

    Modal pokok bagi membangunkan usaha peternakan tenusu dengan 5 ekor lembu ibu adalah dianggarkan menelan sebanyak $7,000.00. lanya termasuk kos pembelian lembu, mendirikan kandang dan pembelian beberapa alat perlu.

  3. ADAKAH JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN MEMPUNYAI PROGRAM KHAS BAGI MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN PETERNAKAN TENUSU?

    Ya. Ada.

    Program Pembangunan Perusahan Tenusu telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan sejak tahun 1974 dengan objektif untuk meningkatkan pengeluaran susu dalam negara dan menambahkan pendapatan petani menerusi usaha tenusu. Dalam program ini rangkaian Pusat-Pusat Pengumpulan Susu (PPS) telah didirikan di seluruh Semenanjung. Empat puluh (40) buah PPS ini (rajah 1 ) sedia memberikan khidmat kepada para penternak di sekitar nya.

    Setiap PPS dilengkapkan dengan kemudahan pengumpulan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan susu. Terdapat juga pusat-pusat yang di lengkapkan dengan peralatan pemprosesan susu. Di samping kemudahan ini PPS juga mempunyai kakitangan mahir yang sedia membantu penternak dalam usaha peternakan tenusu.

  4. APAKAH PERANAN PUSAT PENGUMPULAN SUSU?

    Di samping mengumpul susu keluaran penternak PPS juga membantu penternak dengan memberi khidmat-khidmat berikut;

    1. Permainan beradas dan pembiakbakaan
    2. Bekalan makanan ternakan dan pembangunan pastura
    3. Pengembangan dan bimbingan penternak
    4. Pembekalan lembu kacukan bermutu
    5. Urusan kredit bekalan input tenusu
    6. Urusan peminjaman bank oleh penternak
    7. Perl indungan ternakan
    8. Kawalan mutu, pengendalian dan penyimpanan susu
    9. Pengangkutan susu dari penternak dan ke kilang pemproses
    10. Pemprosesan susu dan bahan susu
    11. Pemasaran susu
    12. Perekodan peternakan
    13. Akaun amanah dan urusan kewangan dan pembayaran hasil kepada penternak

  5. BAGAIMANA MENUBUHKAN SEBUAH LADANG TENUSU?

    Sebelum penternak membangunkan sebuah ladang tenusu perkara-perkara berikut perlulah dipertimbangkan dahulu;

    1. Adakah tempat cadangan termasuk di dalam kawasan liputan PPS
    2. Dapatkah sumber makanan seperti rumput dibekalkan ke tempat cadangan
    3. Apakah kemudahan bekalan air berdekatan
    4. Adakah projek akan mengganggu jiran tetangga

    Selepas anda menganalisa soalan ini dan mendapati tempat yang anda cadangkan berhampiran dengan PPS, dekat dengan sumber makanan, terdapat sumber air yang berhampiran dan ianya tidak akan mengganggu jiran bersebelahan barulah anda boleh membangunkan projek tenusu.

    Apabila anda telah memahami kerja-kerja seorang penternak tenusu menerusi kursus tenusu yang dihadiri ataupun melawat dan meneliti penternak yang berjaya perkara berikut perlu dijalankan;

    1. Mendirikan kandang lembu
    2. Membeli lembu
    3. Menyediakan atau mengenal pasti sumber makanan ternakan

  6. KURSUS? ADAKAH JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN MENYEDIAKAN KURSUS?

    Kursus tenusu disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Terdapat dua jenis kursus yang ditawarkan kepada penternak;

    1. Kursus Pemerah Susu

      Kursus asas ini menekankan praktik pengurusan dan pemerahan susu. Ianya memakan masa 2 minggu dan semua biaya adalah ditanggung oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

    2. Kursus Tenusu Komersial

    Ini adalah kursus lanjutan yang menitikberatkan pengurusan secara komersial. Ianya memakan masa satu minggu, juga ditanggung oleh Jabatan sepenuhnya.

  7. APAKAH CIRl-CIRI KANDANG YANG BAIK?
    1. Mempunyai lantai simen kukuh dan mudah dibersihkan
    2. Mempunyai sistem longkang dan buangan yang teratur
    3. Palung makanan dan air yang teratur dan mudah dibersihkan 6
    4. Keluasan lantai yang mencukupi - untuk seekor lembu ibu tenusu memerlukan ruang berdiri tidak kurang dari 24 kaki persegi (6' x 4').
    5. Mempunyai sistem pengudaraan yang baik

  8. BAGAIMANA PULA DENGAN LEMBU?

    Lembu tenusu yang sesuai adalah jenis kacukan Friesian Sahiwal. Ianya juga dikenali sebagai lembu baka MAFRIWAL

    Lembu-lembu ini boleh didapati menerusi Jabatan Perkhidmatan Haiwan, dengan harga $1100.00 seekor. Penternak boleh juga mendapatkan sendiri menerusi lain-lain penternak yang ingin menjual lembunya mengikut harga pasaran semasa.

  9. APAKAH SISTEM PENGURUSAN YANG BOLEH DIPRAKTISKAN?

    1. Sistem semi-intensif

      Jika terdapat kawasan ragutan berhampiran seperti ladang-ladang getah dan kelapa sawit yang membenarkan lembu meragut di dalamnya, sistem ini adalah sesuai. Lembu meragut di siang hari di kawasan ragutan dan di kandang di waktu malam. Tambahan rumput, dedak, air dan garam galian tersedia di kandang bagi keperluan petang, malam dan awal pagi.

    2. Sistem intensif

      Lembu-lembu di kandang sepenuh masa. Rumput potongan dan lainlain makanan tersedia di kandang sepanjang masa.

  10. APAKAH KERJA HARIAN PENTERNAK TENUSU ITU?

    Di antara kerja-kerja harian penternak tenusu itu, termasuklah:

    • Membersihkan lembu dan kandang
    • Memerhati perlakuan lembu, mencatat lembu yang tidak sihat atau berahi
    • Memberi makan (rumput, dedak dan garam galian) dan minuman yang cukup.
    • Memerah dan menghantar susu ke PPS
    • Mendapatkan rumput atau mengawasi lembut meragut

  11. MENGAPA MAKANAN YANG MENCUKUPI DAN BERMUTU ITU PENTING?

    Lembu tenusu memerlukan makanan yang banyak. Ia memerlukan rumput segar seberat 10% dari berat badannya. Untuk berat badan 400 Kg kira-kira 40 Kg (2 guni) rumput adalah diperlukan. Di samping itu ia juga memerlukan makanan tambahan untuk membolehkan ianya mengeluarkan susu dengan memuaskan. Sebagai panduan, dedak diperlukan adalah sebanyak 1 Kg bagi setiap 2 Kg susu yang dihasilkan dalam sehari.

    Secara kasar lembu perlukan makanan untuk sara-hidup, pengeluaran (susu atau daging) dan juga untuk membiak. Bila bekalan makanan tidak mencukupi lembu pertamanya akan mengalami masalah membiak, kemudian rendah pengeluaran susu dan seterusnya menjadi kurus dan tersiksa.

  12. MENGAPA LEMBU TENUSU PERLU DIBIAKKAN?

    Lembu tenusu perlu membiak dan beranak sebelum ianya mengeluarkan susu. Kelewatan lembu beranak semula menyebabkan jangka masa kering yang panjang dan akan menjejas sumber hasil usaha peternakan.

    Untuk mempastikan lembu anda dapat membiak dengan sempurna sila tentukan permakanan yang cukup dan lembu tersebut dikahwinkan atau disuntik secepat mungkin selepas beranak.

  13. ADAKAH PENGESANAN BERAHI (TANDA BIANG) ITU PENTING?

    Ya. Amat penting.

    Lembu-lembu hanya akan kahwin atau boleh disuntik bila berahi. Pusingan berahi pada keadaan normal akan memakan masa 3 minggu. Kelalaian dalam mengesan berahi ini akan menyebaLkan lembu lewat dikahwinkan, anak berikutnya lewat diperolehi dan laktasi seterusnya lambat bermula. Ini adalah merugikan.

  14. BAGAIMANA PULA DARI SEGI PEMERAHAN SUSU?

    Terdapat dua cara pemerahan susu di jalankan.

    Pertama - menggunakan tangan.

    Ianya memerlukan tenaga dan kemahiran pemerahan yang betul. Tiga perkara penting perlu diperhatikan dalam pemerahan menggunakan tangan.

    1. Cara pemerahan yang haigenik

      • tangan bersih, puting susu yang bersih, susu diperah ke dalam bekas yang bersih

    2. Perahlah secepat yang mungkin
    3. Sususan jari yang betul di kala memerah dapat mengelak puting susu dari terluka

      Kedua - menggunakan mesin.

      Ia memerlukan modal pokok tambahan. Memandangkan ianya melibatkan kos tambahan penggunaannya adalah digalakkan bila bilangan lembu mengeluar susu telah meningkat tidak kurang dari 10 ekor.

  15. MENGAPA PENGLIBATAN SECARA KOMERSIAL ITU PENTING?

    Peternakan tenusu harus menjadi bidang kerja yang menguntungkan. Penglibatan secara kecilan dan sambilan tidak memberikan pendapatan yang memuaskan.

    Bilangan lembu ibu menyusu bagi penternak komersial adalah tidak kurang dari 10 ekor. Untung bersih bagi seekor lembu tenusu yang diurus dengan sempurna adalah dianggarkan sebanyak $40.00 sebulan. Dengan 10 ekor lembu pendapatan bulanan adalah dianggarkan berjumiah $400.00.

    Kerajaan sedang menggalakkan penternak menjadi penternak komersial selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPN).

  16. ADAKAH PERLU REKOD TERNAKAN DICATAT?

    Ya. Perlu.

    Kerana hanya dengan membuat catatan sahaja penternak dapat mengetahui kedudukan ladangnya.

    Perkara penting yang perlu dicatatkan termasuklah:

    1. Perlakuan yang berlaku kepada lembu
    2. Pengeluaran susu
    3. Perbelanjaan

  17. APAKAH SISTEM PEREKODAN BARU PETERNAKAN TENUSU?

    Program perekodan berkomputer peternakan tenusu - BANKDATA TENUSU.

    Program ini mementingkan perhatian kepada setiap individu lembu ibu, penternak perlu merekod perlakuan lembu seperti beranak, suntikan, keluaran susu dan pemeriksaan kebuntingan ke dalam buku catatan. Data ini kemudiannya diproses menggunakan komputer. Maklumat darinya dalam bentuk laporan dan senarai tindakan tersedia untuk dimunafaatkan dan dapat meningkatkan mutu khidmat agen pengembangan Jabatan.

  18. APAKAH PENYAKIT YANG BIASA MENJADI MASALAH PETERNAKAN DAN MENGURANGKAN DAYA PENGELUARAN LEMBU?

    Mastitis - jangkitan labu susu. Tidak subur dan panjang jarak beranak.

    Mastitis disebabkan oleh kuman yang menyerang labu susu akibat pemerahan yang tidak betul dan tidak higenik. Hubungilah PPS berdekatan bila mengesyaki susu rosak atau tidak normal.

    Lembu tidak subur sebahagian besarnya disebabkan tidak cukup makan. Penternak perlu ingat jika makanan tidak mencukupi yang pertama terjejas ialah tahap kesuburannya. Lembu akan menghadapi masalah untuk dibuntingkan.

  19. BAGAIMANA PRODUKTIVITI LEMBU DAN LADANG DAPAT DlTlNGKATKAN?

    Produktiviti dapat ditingkatkan dengan:

    1. Meningkatkan keluaran susu
    2. Mengurangkan kos pengeluaran
    3. Mempastikan lembu cepat dibuntingkar,

    Keluaran susu dapat ditingkatkan dengan mempastikan makanan mencukupi, bermutu dan seimbang.

    Kos pengeluaran dapat dikurangkan dengan bekalan rumput bermutu mencukupi, manakala makanan tambahan menggunakan campuran yang sesuai dan murah. Bekalan rumput yang kurang akan menyebabkan makanan tambahan yang diberikan digunakan untuk penyelengaraan tidak untuk pengeluaran susu sepenuhnya. Ini meningkatkan kos pengeluaran.

    Lembu cepat bunting bermakna cepat beranak, tempuh masa kering susu dan tidak produktif dapat dikurangkan.

  20. SKIM PERLINDUNGAN LEMBU, APAKAH IANYA PERLU?

    Lembu tenusu belian dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan dimasuRkan ke dalam Sekim Perlindungan lembu tenusu, dengan kadar $100.00 seekor. Ini adalah untuk mempastikan lembu dilindungi jika kematian bukan disebabkan oleh kecuaian penternak berlaku

  21. SAYA MEMBELI LEMBU MENERUSI JABATAN, DAN MENJAGANYA DENGAN BAIK TETAPI PENGELUARAN SUSUNYA AMATLAH RENDAH - 3 KG SAHAJA SEHARI. APAKAH PPS DAPAT MEMBANTU SAYA MENGATASI MASALAH INI?

    Kerajaan mempunyai prinsip untuk membekalkan lembu bermutu kepada penternak. Jika penternak mempunyai rekod pengeluaran susu yang rendah itu dan ianya tidak disebabkan oleh kelemahan pengurusan ternakan, silalah berhubung dengan PPS untuk mengemukakan permohonan gantian lembu tenusu.

  22. APAKAH PENTERNAK HARUS KETAHUI MENGENAI SUSU SEBAGAI MAKANAN?

    1. Susu segar adalah bahan makanan semula jadi kaya dengan berbagai zat, vitamin dan garam galian.

      JADUAL KANDUNGAN SUSU SEGAR
      Kandungan unit berat bagi
      100g susu
      Kandungan unit berat bagi
      100g susu
      Air 9 87.50 Vitamin A iu 100 - 150
      Lemak 9 3.80 Vitamin D iu 0.5 - 1.5
      Protin 9 3.26 Tiamin mg 0.04
      Laktos 9 4.65 Riboflavin mg 0.15
      Naterium mg 50.00 Nikotinik mg 0.08
      Kaliam mg 160.00 Vitamin C mg 2.00
      Kalsium mg 160.00 Asid mg 0.35
      Megnesium mg 14.00 Panthotenik

      Besi mg 0.08 Vitamin B6 mg 0.04
      Kuperam mg 0.02 Biotin ug 2.00
      Fosforan mg 95 Asid folik ug 0.30
      Sulfa mg 29 Vitamin B12 ug 0.30
      Klorin mg 98 Tokoferol mg 0.07 - 0.10

    2. Akta Permakanan 1985, di bawah peraturan-peraturan 82 hingga 117 ada meliputi susu dan hasil susu. Ianya adalah bertujuan untuk mempastikan susu dan hasil susu mencapai mutu vang sesuai dan pengguna dilindungi.

  23. APAKAH PENTERNAK PERLU TAHU MENGENAI MUTU SUSU?

    1. Susu dari lembu yang sihat dan mendapat makanan yang sempurna adalah bermutu tinggi. Penternak boleh membantu mengekalkan mutu ini dengan:

      1. Memerah dengan cara yang higenik
      2. Memasukkan susu ke dalam bekas yang bersih
      3. Menghantar susu secepat mungkin ke PPS

    2. Di PPS langkah pengawalan mutu juga dijalankan:

      1. Mengadakan ujian penerimaan dan kawalan mutu
      2. Menyejukkan susu dengan segera
      3. Menyimpan susu dalam peti sejuk
      4. Menghantar susu ke kilang pemproses di dalam lori tangki yang berpendingin

    3. Beberapa perawatan khas juga dijalankan bagi memanjangkan jangka masa hayat susu segar dan sedia diminum. Berdasarkan proses perawatan ini susu segar proses dikelaskan seperti berikut:

      1. Susu Pasteran

        Susu dimasak kepada sunu 71.7 C selama 15 saat kemudian disejukkan ke suhu 50C. Proses ini memusnahkan bakteria pathogenik. Susu tersebut tahan dan boleh diminum sehingga 5 hari asalkan disimpan dalam peti sejuk.

      2. Susu Steril

        Susu dimasakkan ke suhu amat tinggi, 1500C selama 2 ke 3 saat, kemudian disejukkan. Susu ini mempunyai jangka hayat dan sesuai diminum sehingga 6 bulan bila disimpan di suhu bilik.

  24. MENGAPA SUSU SEGAR?

    1. Susu keluaran penternak adalah susu segar. Ianya kaya dengan khasiat semula jadi.
    2. Susu adun semula dari susu tepung yang diimport adalah berbeza dari susu segar dari segi kandungan zat permakanannya. Setengah-setengah zat seperti protin, vitamin A, B dan D berubah dan terjejas semasa proses pengeringan menjadi susu tepung.

  25. APAKAH PERKARA YANG PERLU SAYA KETAHUI BERHUBUNG DENGAN PEMASARAN SUSU?

    1. Susu segar sebagai bahan makanan kaya dengan khasiat adalah mudah rosak. Oleh itu ia perlu dipasarkan dengan secepat mungkin.
    2. Susu segar perlu dipasarkan setelah diproses kepada susu pasteran atau susu steril dengan atau tanpa perisa.
    3. Jabatan Perkhidmatan Haiwan sedang memperkenalkan sistem pembayaran susu berdasarkan mutu. Susu digredkan berdasarkan kandungan pepejalnya.
    4. Beberapa produk boleh dihasilkan dari susu untuk meningkatkan pasaran dan penggunaan susu segar. DADIH adalah di antara produk yang meningkat popular dan kian disukai ramai.

  26. Dl MANA PERLU SAYA HUBUNGI UNTUK KETERANGAN LANJUT?

    Sila hubungi:

    Pusat-Pusat Pengumpulan Susu
    berhampiran di semua negeri-negeri
    Semenanjung Malaysia.

    atau

    Unit Perusahaan Tenusu.
    Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan,
    Kementerian Pertanian Malaysia,
    50630 Kuala Lumpur.
    Tel. No.: 03-2540077 samb. 141, 154, 156, 158

    PENGHARGAAN

    Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Hawari Hussein, Pengarah Unit Perusahaan Tenusu di atas sokongan dan dorongan untuk menghasilkan SOAL JAWAB PETERNAKAN TENUSU ini, dan Encik Abu Hassan b. K. Alip Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Encik Mohd Yunos Mohd Ariffin, Pegawai Penerbitan, Kementerian Pertanian yang telah mengatur urusan percetakannya.


    Rekaletak oleh Kamaludin bin Sukirman
    Unit Penerangan dan Perhubungan
    Jabatan Perkhidmatan Haiwan
    Dikeluarkan oleh
    Unit Penerangan dan Perhubungan
    Jabatan Perkhidmatan Haiwan

    Disediakan oleh
    Unit Perusahaan Tenusu
    Bahagian Pengeluaran Ternakan
    Jabatan Perkhidmatan Haiwan
    Cetakan Pertama Januari 1989

    Diterbitkan dan boleh didapati dari
    Unit Penerbitan
    Kementerian Pertanian Malaysia
    Jalan Sultan Salahuddin 50624 Kuala Lumpur
    Tel: 2982011

    IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN
    KEMENTERIAN PERTANIAN
    50630 KUALA LUMPUR
    1989


    Perunding: Dr. Hawari bin Hussein
    Dr. Mohd Nordin bin Hj Mohd Nor
    Disediakan oleh: Dr. Kamaruddin bin Md Isa

SOAL JAWAB MENGENAI SUSU SEGAR

  • APAKA DIA SUSU SEGAR ?

    "Susu segar" adalah sekresi susu biasa yang bersih daripada lembu yang diberi makan dan dipelihara dengan sempuma. Ini tidak termasuk susu yang diperolehi dalam masa empat hari sebaik saja selepas kelahiran anak.

  • DI MANA SUSU TERJADI ?

    Susu dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat pada dinding-dinding alveoli di dalam pundi susu. Jumlah alveoli di dalain pundi susu bertambah semasa lembu bunting dan terus bertainbah seliingga maksima pada kemuncak pengeluaran susu dan kenludiannya berkurangan sehingga habis laktasi.

  • KENAPA SUSU DIKATAKAN SALAH SATU DARIPADA MAKANAN TERBAIK ?

    Susu adalah salah satu daripada makanan terbaik kerana kandungan dan kebaikannya seperti berikut :

    • Protin untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu seluruh badan.
    • Laktosa boleh menambah penyerapan kalsium dan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi.
    • Lemak untuk sumber tenaga.
    • Vitamin dan galian untuk menjauhi penyakit.
  • BAGAIMANA SUSU DIPEROLEHI DARIPADA LEMBU ?

    Susu diperolehi daripada lembu dengan merangsangkan lembu tersebut semasa memerah. Rangsangan ini adalah dengan menggunak an anak lembu berkenaan untuk menghisap puting tetek atau dengan cara lain yang pergerakannya menyerupai gerakan anak lembu menghisap susu. Ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan atau mesin pemerah susu.

  • BERAPA LAMA LEMBU MENGELUARKAN SUSU ?

    Lembu akan mengeluarkan susu setelah kelahiran dan akan terus mengeluarkan susu sekiranya tidak diberhentikan. Di dalam pengurusan yang baik, jangkamasa pengeluaran susu Oaktasi) ialah 210 sehingga 250 hari, iaitu diberhentikan ketika lembu sudah 7 bulan mengandung. Ini adalah untuk merehatkan lembu dan menyediakannya untuk kelahiran kelak.

  • APAKAH SUSU SEGAR YANG BERMUTU ?

    "Susu segar" mengandungi air, lemak dan pepejal bukan lemak seperti laktosa, protin, vitamin, galian (mineral) dan lain-lain.

    Susu yang bermutu adalah susu yang dihasilkan dengan cara yang bersih dan dapat menepati kehendak-kehendak Peraturan Makanan 1985 iaitu :

    Kandungan Susu % kandungan
    Lemak 3.25
    Pepejal bukan lemak 8.50
    Jumlah pepejal 11.75

  • BAGAIMANAKAH SUSU SEGAR DIKENDALIKAN ?

    Susu segar yang telah diperah dan ditapis akan diisikan ke dalam "chum" atau tong susu yang bersih dan disimpan di tempat yang redup dan tidak terkena pancaran matahari. Susu ini akan dihantar secepat mungkin ke Pusat Pengumpulan Susu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk disejuk dan disimpan di dalam tangki sejuk pada suhu 3 - 4 oC sementara menunggu pemprosesan.

  • MENGAPA SUSU SEGAR MESTI DISIMPAN SEJUK ?

    Susu segar mesti disimpan sejuk iaitu pada suhu 3o - 4o C bagi membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat di dalam susu. Sekiranya tidak disimpan sejuk, bakteria akan terus membiak dan ia akan mempercepatkan lagi susu menjadi rosak.

  • BAGAIMANA SUSU BOLEH ROSAK ?

    Di dalam susu terdapat banyak globul-globul lemak, yang mana kandungannya juga termasuk enzim lipase. Apabila dinding globul pecah, enzim-enzim ini akan bebas dan akan menguraikan lemak menjadikan susu berubah rasa - masam.

  • PUNCA SUSU ROSAK ?

    Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan susu rosak. Antaranya adalah seperti berikut :

    • Pemerahan susu dilaksanakan di dalam keadaan yang tidak bersih
    • Bekas susu yang tidak bersih.
    • Tidak disimpan seperti yang dikehendaki.
    • Adanya bahan asing di dalam susu.
    • Susu tidak diproses dengan betul.
  • APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMPROSESAN SUSU ?

    Pemprosesan susu yang dimaksudkan adalah samada susu dirawat pada suhu yang tinggi, dihomogenkan, difermentasi, disejat, diadun atau dirawat dengan enzim dan lain-lain proses.

  • APAKAH TUJUAN PEMPROSESAN SUSU ?

    Tujuan susu diproses adalah untuk menentukan bahawa susu selamat diminum dan boleh disimpan lama.

  • APA DIA SUSU PASTEUR ?

    Susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi merigikut salah satu kaedah pempasteuran berikut :

    • Kedah Holding

      Suhu susu dinaikkan kepada 63o-65oC dan dikekalkan selama 30 minit dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3o- 4o C sebelum dipak dan disimpan.

    • Kaedah Susu Tinggi Masa Singkat

      Suhu susu dinaikkan kepada tidak kurang daripada 72oC dan dikekalkan selama 15 saat dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3-4oC sebelum dipak dan disimpan.

      Pempasteuran irii adalah pemprosesan yang biasa dilakukan untuk "susu segar".

      Susu pasteur hendaklah sentiasa disimpan pada suhu, 3 -4o C

  • APA DIA SUSU STERIL ?

    Susu yang telah ditapis dan dihomogenkan dan seterusnya dinaikkan suhunya kepada tidak kurang 106oC selama tempoh yang mencukupi untuk menjadikannya steril secara komersial dan terus dipak di dalam bekas berkedap.

  • APA DIA SUSU SUHU ULTRA TINGGI ?

    Susu suhu ultra tinggi atau susu U.H.T. adalah susu yang telah di rawat pada suhu tidak kurang datipada 135oC sekurang-kurangnya selaina 2 saat, dan seteusnya dipak secara aseptik ke dalam bekas yang steril.

  • APA DIA SUSU SKIM ?

    Susu skim atau susu tanpa lemak adalah susu yang lemaknya telah dipisahkan dan dikurangkan kepada tidak kurang daripada 0.5 peratus.

  • APA DIA SUSU CAMPURAN SEMULA ?

    Susu campuran semula adalah susu yang telah dihasilkan dengan mencampurkan konstituen susu dengan air atau susu dengan kedua duanya sekali dan seterusnya dirawat secara pempasteuran, pensterilan atau suhu ultra tinggi.

  • APA DIA SUSU BANCUHAN ?

    Susu bancuhan adalah susu yang dihasilkan dengan rnenambah air kepada susu tepung penuh krim yang biasanya dirawat secara pensterilan atau suhu ultra tinggi.

  • APA DIA SUSU TEPUNG PENUH KRIM ?

    Susu tepung penuh krirn adalah susu yang kandungan aimya telah dikeluarkan, dan mengandungi tidak kurang daripada 5 peratus air dan 26 peratus lemak.

  • APA DIA SUSU TEPUNG SKIM ?

    Susu tepung skim adalah susu tepung skim yang kandungan aimya telah dikeluarkan dan mengandungi tidak lebih daripada 3 peratus air dan mempunyai kandungan lemaknya tidak lebih daripada 1.5 peratus.

  • APA DIA SUSU SEJAT ?

    Susu sejat atau susu pekat adalah susu yang diperolehi dengan menyejat daripada susu sebahagian daripada airnya atau dengan menbancuh konstituen susu.

    Boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu susu sejat tawar atau susu sejat manis (dimana terdapat tambahan gula).

  • APA DIA SUSU ISIAN ?

    Susu isian (lalah susu yang menyerupai susu segar, yang mana lemak susunya diganti keseluruhan atau sebahagiannya dengan minyak makan sayuran atau lemak makan sayuran yang setara atau kombinasi kedua-duanya.

  • APA DIA SUSU HIDROLISIS LAKTOSA ?

    Susu yang mengandungi laktosa rendah atau glukosa dan galaktosa. Ini dihasilkan dengan menggunakan enzim laktase. Susu ini (dihasilkan khas bagi pengguna yang tidak dapat menghadam susu laktosa ("lactose intolerence").

  • APA DIA SUSU BERPERISA ?

    Susu berperisa adalah susu yang mengandungi gula, bahan perisa, bahan pewama dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Susu ini boleh samada dipasteur, disteril atau dirawat pada suhu ultra tinggi.

  • APA DIA DADIH ?

    Dadih adalah merupakan produk susu segar. lanya adalah agar agar susu yang diperolehi dengan menggunakan enzim rennet atau agar-agar, dan mengandungi gula, tepung jagung/ susu skim, atau/ dan bahan perisa yang dibenarkan.

  • DI MANAKAH BOLEH DIPEROLEHI MAKLUMAT MENGENAI SUSU ?

    Anda boleh berhubung terus dengan Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran atau Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan di negeri masing masing.

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar

    HOME
  •